Monday 30 May 2011

JOM PANCING!!!


Pendaftaran:
 RM 80 / Joran

Tempat : Tasik Maeps
Tarikh : 23 Julai 2011
Masa : 7.30 pagi - 3 Petang

Hadiah :

1st : Sebuah Motosikal Keluaran Naza
2nd : RM 5000
3rd : RM 3000
4th : RM 2000
5th : RM 1000
6 hingga 10 : RM 300
11 hingga 20 : RM 100

Untuk Pendaftaran /
 info lebih lanjut, sila hubungi:

Amen : 017 6234133
Mustarul : 017 6735804

Terdapat cabutan bertuah pada hari tersebut. Pelbagai hadiah menanti anda!

SYARAT MEMANCING TERBUKA MAEPS

1:hanya satu batang joran dibenarkan setiap pendaftaran. Namun peserta dibenar mendaftar 2 pendaftaran atau lebih.
2:Setiap peserta layak menang lebih daripada satu hadiah kecuali bagi
Kedudukan 1 hingga 3. Jika seorang peserta mendapat dua ikan terberat, ikan
Kedua secara automatik menduduki tempat keempat.
3:Semua ikan dipertandingkan kecuali keli.
4:Setiap satu penyertaan dikenakan bayaran .
5: Umpan bebas kecuali organ haiwan dan umpan tiruan. Mata tiga dilarang.
6:Semua ikan yang dipancing mesti disahkan marsyal sebelum dihantar ke Meja hakim untuk ditimbang. Ikan yang dihantar tanpa waran daripada marsyal tidak akan dilayan.
7:Bantahan boleh dibuat sepanjang tempoh pertandingan hingga 15 minit selepas pertandingan tamat dengan menyertakan bayaran rm150. Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.
8:Peserta bebas memilih lokasi memancing di kawasan yang ditetapkan.
9:Bayaran tidak boleh  dituntut semula jika peserta membatalkan penyertaan.
10:Mata pancing bebas. Mata bom dan rambai boleh digunakan.
11:Keselamatan pemancing dan kenderaan adalah tanggungjawab sendiri.
12:Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan (bol) dengan sekurang-kurangnya satu mata kail mesti berada di dalam mulut ikan dari arah dalam mulut.
13:Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur dan akan dilepaskan semula ke dalam tasik.
14:Setiap joran mesti mempunyai penanda yang diberikan penganjur.
15:Ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, tidak layak dipertandingkan.
16:Masa pertandingan dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Tiada masa tambahan diberikan.
17:Peserta yang cuba menipu dengan membawa ikan dari luar akan dibatalkan penyertaan.
18:Jika tali pancing peserta putus ketika menarik ikan, peserta lain tidak boleh  menarik tali pancing dan ikan yang sama untuk dinaikkan.
19:Peserta dibenarkan menanda kawasan memancing pada jam 5 petang jumaat.Pancang yang dipasang sebelum jam 5 petang akan dicabut  dan diletakkan dikaunter urusetia.
20:keselamatan pancang selepas jam 5 petang adalah tanggungjawab sendiri.Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas pancang yang hilang atau beralih tempat.
21:Teknik apung dasar menggunakan roti dibenarkan tetapi mesti menggunakan batu ladung. Mach mellow yang digulung di dalam roti tidak dibenarkan.
22:Peserta dilarang masuk ke dalam air untuk menaikkan ikan yang tersangkut. Ikan mesti dinaikkan dari arah tebing walau dengan apa cara sekalipun.
23:keputusan hakim muktamad.



No comments:

Post a Comment