Sunday 29 May 2011

Fiesta Belia 1 Malaysia


PERKARA AM

Worldwide Far East Bhd (WFEB) akan menganjurkan “Fiesta Belia 1 Malaysia” dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia. Belia merupakan tunggak utama sesebuah negara. Kemajuan yang dicorakkan oleh golongan belia mampu mengubah kedudukan dari segi ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Golongan tersebut mesti diberi keutamaan dan dorongan bagi memberi semangat kepada mereka untuk memajukan negara setanding dengan negara yang lain.

MATLAMAT PROGRAM
Mempelbagaikan aktiviti yang diminati oleh golongan remaja, belia dan  masyarakat awam dalam memastikan masa mereka diisi dengan baik.
Merapatkan lagi perpaduan antara kaum.
Melahirkan remaja yang sihat tubuh badan dan cergas pemikiran dan fizikal.
Menerapkan budaya bersukan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi.
Membantu usahawan-usahawan bagi mempromosikan barangan-barangan mereka kepada masyarakat setempat.
Menaikkan serta memertabatkan nama komuniti dalam melaksanakan pelbagai program.
Membantu badan-badan kebajikan, rumah anak yatim dan lain-lain dengan tujuan meringankan beban dan penderitaan mereka

SASARAN PARA PESERTA FIESTA
Peminat-peminat kereta dan superbike
Peminat Shuffle
Golongan Belia
Masyarakat umum


TARIKH PROGRAM
16 – 17 Julai 2011 (Sabtu dan Ahad)
MASA PROGRAM
8.00 pagi -11.00 malam
TEMPAT PROGRAM
Malaysia Agro Exposition Park Serdang Maeps Serdang, Selangor

AGENDA

Tarian Santai
Pertandingan Memancing
Perhimpunan & Gagasan Pemimpin Belia 1malayisa
Pertandingan “Street Soccer”
Uji Bakat “Worldwide Star”
Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
Eksklusif Belia Bersama Artis
Pertandingan Akhir “Shuffle”(Solo & Berkumpulan)
Pertandingan “Audio Lighting”
Pertandingan “RC Drift”
Pameran Kereta “Autoshow”, Kereta Mini & “Superbike” 
Pertandingan Karaoke Terbuka
Pertandingan Menghias Kek @ Muffin
Persembahan Magik Badut
“Sepetang Bersama Puan Sheila Rusly”
Mini Konsert Fiesta Belia


1 comment: