Monday 30 May 2011

Untuk tempahan Khemah / Booth

Jenis & Gerai Yang di Sediakan

Khemah 20’ x 20’
RM 2, 500  + RM 250 ( CAGARAN ) 

Khemah 10’ x 10’
RM 1, 500  + RM 250 ( CAGARAN ) 

Booth 3’ x 3’
RM 1, 100  + RM 250 ( CAGARAN ) 

Terma & Syarat:
1. Pembayaran boleh dibuat melalui Tunai / Bank Draf / Cek diatas nama WORLDWIDE FAR EAST BHD.
2. Bayaran pendahuluan sebanyak 70% dan 30% baki pembayaran ketika menerima tapak berniaga.
3. Email atau datang terus bagi tujuan pendaftaran ke :

event@worldwidefareast.com /
Worldwide Far East Bhd,
117-2, Jalan Radin Bagus,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur


Tempat Adalah terhad.

JOM PANCING!!!


Pendaftaran:
 RM 80 / Joran

Tempat : Tasik Maeps
Tarikh : 23 Julai 2011
Masa : 7.30 pagi - 3 Petang

Hadiah :

1st : Sebuah Motosikal Keluaran Naza
2nd : RM 5000
3rd : RM 3000
4th : RM 2000
5th : RM 1000
6 hingga 10 : RM 300
11 hingga 20 : RM 100

Untuk Pendaftaran /
 info lebih lanjut, sila hubungi:

Amen : 017 6234133
Mustarul : 017 6735804

Terdapat cabutan bertuah pada hari tersebut. Pelbagai hadiah menanti anda!

SYARAT MEMANCING TERBUKA MAEPS

1:hanya satu batang joran dibenarkan setiap pendaftaran. Namun peserta dibenar mendaftar 2 pendaftaran atau lebih.
2:Setiap peserta layak menang lebih daripada satu hadiah kecuali bagi
Kedudukan 1 hingga 3. Jika seorang peserta mendapat dua ikan terberat, ikan
Kedua secara automatik menduduki tempat keempat.
3:Semua ikan dipertandingkan kecuali keli.
4:Setiap satu penyertaan dikenakan bayaran .
5: Umpan bebas kecuali organ haiwan dan umpan tiruan. Mata tiga dilarang.
6:Semua ikan yang dipancing mesti disahkan marsyal sebelum dihantar ke Meja hakim untuk ditimbang. Ikan yang dihantar tanpa waran daripada marsyal tidak akan dilayan.
7:Bantahan boleh dibuat sepanjang tempoh pertandingan hingga 15 minit selepas pertandingan tamat dengan menyertakan bayaran rm150. Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.
8:Peserta bebas memilih lokasi memancing di kawasan yang ditetapkan.
9:Bayaran tidak boleh  dituntut semula jika peserta membatalkan penyertaan.
10:Mata pancing bebas. Mata bom dan rambai boleh digunakan.
11:Keselamatan pemancing dan kenderaan adalah tanggungjawab sendiri.
12:Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan (bol) dengan sekurang-kurangnya satu mata kail mesti berada di dalam mulut ikan dari arah dalam mulut.
13:Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur dan akan dilepaskan semula ke dalam tasik.
14:Setiap joran mesti mempunyai penanda yang diberikan penganjur.
15:Ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, tidak layak dipertandingkan.
16:Masa pertandingan dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Tiada masa tambahan diberikan.
17:Peserta yang cuba menipu dengan membawa ikan dari luar akan dibatalkan penyertaan.
18:Jika tali pancing peserta putus ketika menarik ikan, peserta lain tidak boleh  menarik tali pancing dan ikan yang sama untuk dinaikkan.
19:Peserta dibenarkan menanda kawasan memancing pada jam 5 petang jumaat.Pancang yang dipasang sebelum jam 5 petang akan dicabut  dan diletakkan dikaunter urusetia.
20:keselamatan pancang selepas jam 5 petang adalah tanggungjawab sendiri.Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas pancang yang hilang atau beralih tempat.
21:Teknik apung dasar menggunakan roti dibenarkan tetapi mesti menggunakan batu ladung. Mach mellow yang digulung di dalam roti tidak dibenarkan.
22:Peserta dilarang masuk ke dalam air untuk menaikkan ikan yang tersangkut. Ikan mesti dinaikkan dari arah tebing walau dengan apa cara sekalipun.
23:keputusan hakim muktamad.



PENCARIAN BAKAT BARU ( UJIBAKAT BINTANG WORLDWIDE )


mungkin anda calon yang dicari-cari...
23 JULAI 2011, MAEPS SERDANG

SEBARANG PENDAFTARAN / PENYERTAAN
sila hubungi di talian 017-6735804, 017-6735897 dan 03-84330204 (Urus Setia).

AUTOSHOW & AUDIO LIGHTING



Autoshow 24 Julai 2011
Audio Lighting 23 Julai 2011

Pendaftaran
RM150 (FREE TSHIRT)

Hadiah
Pertama RM1,500 + Sijil dan Trofi
kedua RM1,000 + Sijil dan Trofi
Ketiga RM500 + Sijil dan Trofi


Untuk Maklumat Lanjut,Sila Hubungi:
Anip Panda : 017 6830991
Syahrul : 017 6815804
Pejabat : 03 89330204

Malaysian Open Shuffle Championshion 2011


TEMPAT
ZON A:
ZON B: 10 - 11 Jun (SUNGAI PETANI)-Dataran Sg. Petani (Karnival Karangkraf Sg. Petani)
ZON C:
ZON D: 18 jun (MELAKA)-Giant Hypermarket, Taman Bachang Utama, Melaka

Pertandingan Akhir BATTLE SHUFFLE KING akan berlangsung pada 23 & 24 Julai di MAEPS, Serdang.

YURAN PENYERTAAN

KUMPULAN - RM 150
SOLO - RM 30

KATEGORI SOLO
JOHAN - RM 2000
NAIB JOHAN - RM 1500
KETIGA - RM 1000

KATEGORI KUMPULAN 
JOHAN - RM 10,000
NAIB JOHAN - RM 5000
KETIGA - RM 3000

SEBARANG PENDAFTARAN / PENYERTAAN
sila hubungi di talian , 017-6735804, 017-6735897 dan 03-84330204 (Urus Setia).

** Pertandingan Setiap ZON akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Sunday 29 May 2011

Fiesta Belia Satu Malaysia



Perkara: Fiesta Belia Satu Malaysia
Tarikh : 23-24 Julai 2011
Tempat : MAEPS, Serdang Selangor Darul Ehsan


Aktiviti :

Tarian Santai
Pertandingan Memancing
Perhimpunan & Gagasan Pemimpin Belia 1malayisa
Pertandingan “Street Soccer”
Uji Bakat “Worldwide Star”
Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
Eksklusif Belia Bersama Artis
Pertandingan Akhir “Shuffle”(Solo & Berkumpulan)
Pertandingan “Audio Lighting”
Pertandingan “RC Drift”
Pameran Kereta “Autoshow”, Kereta Mini & “Superbike” 
Pertandingan Karaoke Terbuka
Pertandingan Menghias Kek @ Muffin
Persembahan Magik Badut
“Sepetang Bersama Puan Sheila Rusly”
Mini Konsert Fiesta Belia

SEBARANG PENDAFTARAN / PENYERTAAN
sila hubungi
017-6735804  017-6735897 dan 03-84330204 (Urus Setia).

Artis Yang turut serta memeriahkan seperti Sheila Rusly, Ana Raffali, 6ixth Sense dan ramai lagi.

Fiesta Belia 1 Malaysia


PERKARA AM

Worldwide Far East Bhd (WFEB) akan menganjurkan “Fiesta Belia 1 Malaysia” dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia. Belia merupakan tunggak utama sesebuah negara. Kemajuan yang dicorakkan oleh golongan belia mampu mengubah kedudukan dari segi ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Golongan tersebut mesti diberi keutamaan dan dorongan bagi memberi semangat kepada mereka untuk memajukan negara setanding dengan negara yang lain.

MATLAMAT PROGRAM
Mempelbagaikan aktiviti yang diminati oleh golongan remaja, belia dan  masyarakat awam dalam memastikan masa mereka diisi dengan baik.
Merapatkan lagi perpaduan antara kaum.
Melahirkan remaja yang sihat tubuh badan dan cergas pemikiran dan fizikal.
Menerapkan budaya bersukan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi.
Membantu usahawan-usahawan bagi mempromosikan barangan-barangan mereka kepada masyarakat setempat.
Menaikkan serta memertabatkan nama komuniti dalam melaksanakan pelbagai program.
Membantu badan-badan kebajikan, rumah anak yatim dan lain-lain dengan tujuan meringankan beban dan penderitaan mereka

SASARAN PARA PESERTA FIESTA
Peminat-peminat kereta dan superbike
Peminat Shuffle
Golongan Belia
Masyarakat umum


TARIKH PROGRAM
16 – 17 Julai 2011 (Sabtu dan Ahad)
MASA PROGRAM
8.00 pagi -11.00 malam
TEMPAT PROGRAM
Malaysia Agro Exposition Park Serdang Maeps Serdang, Selangor

AGENDA

Tarian Santai
Pertandingan Memancing
Perhimpunan & Gagasan Pemimpin Belia 1malayisa
Pertandingan “Street Soccer”
Uji Bakat “Worldwide Star”
Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
Eksklusif Belia Bersama Artis
Pertandingan Akhir “Shuffle”(Solo & Berkumpulan)
Pertandingan “Audio Lighting”
Pertandingan “RC Drift”
Pameran Kereta “Autoshow”, Kereta Mini & “Superbike” 
Pertandingan Karaoke Terbuka
Pertandingan Menghias Kek @ Muffin
Persembahan Magik Badut
“Sepetang Bersama Puan Sheila Rusly”
Mini Konsert Fiesta Belia